topbella

♫jiwa.blOGGer♪

29 August 2014

Kita Tidak Mungkin Disengat Dua Kali Di Lubang Yang Sama

Mustapa kamal at-tartuk by pak latif
Nukilan..si botet 

20012014
Duhai penggerak islam,
Seiringan kaki melangkah
,perkhabaran tiba ,
islam terus dicecah ,bukan dr orang kafir mahupun yahudi 
tapi kni islam terus diperkotak katikkan oleh umat seagama

Bagaikan musuh di dalam selimut
Islam diajar fitnah memfitnah ,
diajar budaya barat,
dr mana ia bermula? 
Sudah semestinya golongan yang hanya memandang islam dihujung celahan mata.




Ayuh umat nabiku,
Bangkitlah,bagunlah diri,
jika tidak termampu membangunkan ummah,
Walaupun diri ini umpama abu dan pasir yang hanya mampu beterbangan dan bertaburan apabila ditiupkan angin
Walaupun diri ini bagaikan kapal kecil yang bergoncang dek ombak  yang deras dan bila2 sahaja mampu dikaramkan.

Tapi pasir itu yang membentuk gurun,menjadi bukit di padang pasir ,
menahan peritnya sinar cahaya matahari
Dan kapal kecil itu yag membawa hasil tangkapan apabila tiba di pesisirnya

Jadilah..
Mereka yang hanya walau tidak berupaya membina ummah,tapi dapat membentuk peribadi dri.
Dan jadilah seorang sahabat yang tujuannya hanya ingin berkawan dan mengenali tapi sebenarnya membawa lembaran Tuhan Yang Esa,membawa pesanan dariNya
,menyebarkannya,dan memimpin tangan bersama menuju KESYURGANYA..



#kita bukan selfish nak  masuk syurga ssorang2 ##luaskan  kuasakmuuuuu..

I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

Getaran Hati


“follow the flow”

Ramadhani,
Permulaan yg cukup indah.
Semalam buat pertama kali tahun ini mengerjakan solat sunat terawih hinggakan seluruh isi masjid itu kurasakan padat dengan insani pendamba cinta Ilahi. Alhamdulillah, sesungguhnya benarlah tiada perantaraan untuk “connection” kita bersama pencipta. Apabila telah “access” selesai berjemaah.


ketahuilah ,jalan menuju Allah tidak ditempuh dengan langkah kaki, melainkan harus ditempuh dengan hati”
(Ibnu Jauzi)
***
Seusai solat terawih.
Imam mengingatkan makmumnya.
Mengenai konsep pengisian hati.
Hati.

Umpama botol kosong yang apabila diisi dengan air biasa,mungkin harganya mencecah 20 sen ataupun seringgit.jika diisi dengan air cordial,mungkin harganya mencecah 2 hingga 3 ringgit. Tapi bila diisi dengan madu,harganya lebih dari 50 ringgit.
 Kita yang mempunyai “priority” untuk mengisi botol itu mengikut pengisian yg sebetulnya. Jika taqwalah kandungannya, maka hati kita akan bersatu dan terus menyatu.
Namun,cuba bayangkan jika botol itu diisi dengan air kumbahan longkang.
 Mungkin negative harganya. Adakah terlalu murah ataupun mungkin tak mempunyai harga pun. 
Sedangkan apabila diberi percuma pun tidak akan diambil. 
Di manakah tahap konsep taqwa yg ada pada diri kita?

Sesungguhnya
Taqwa.
Seperti meniti di atas rumput-rumput yang berduri.
Kadang-kadang kita terpijak,
Menjerit .
Namun sakitnya perlu ditahan.
Supaya kita terus bertahan untuk melangkah ke hadapan.
Kadang-kadang luka.
Kita ubatkan.
Tapi, jangan cuba untuk berpatah balik. Ketika kita akan jauh ke belakang untuk menikmati keindahan nikmat yang berada dihadapan.
Sakit Cuma sedikit,tapi kita bertahan.
Rebah Cuma sementara,tapi kita terus bangkit.

Permulaan ramadhan ini.
Sangat hebat.
Sangat padat.
Setelah lama tidak mengabdikan sepenuhnya waktu bersama Dia.aku rasakan nikmat yg jatuh bagaikan durian runtuh.
Taqwa itu adalah,
Berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri,
Dengan berhati-hati.
Tiadalah diminta untuk berjalan tanpa terkena duri,
Tetapi cukuplah berjalan dengan berhati-hati.
Akan ada masa kita mampui lalui tanpa dilukai,
Akan ada jua masa kita akan terluka.
Namun,kita tetap berjalan
Kerna yakin akan jalan yang dibentangkan olehNya.
Darah kita kan menitis,
Mengekori setiap langkah yang kita ambil,
Meninggalkan kesan,
Buat mereka di belakang.



Tadi,
Seusai bertadarus bersama keluarga
Aku meneliti satu persatu bacaanku, 
mempelajari lebih mendalam tentang tajwid dan manafaat melalui tadarus itu.
Aku terdetik membuat demikian.
Kerana telah lama aku bertadus dan khatam 30 juzuk setiap kali ramadhan.
Dan apabila bakal menghabiskannya buat kali ke-10,
Aku merasakan masih ada yang tertinggal disebaliknya.
Kerana masih terlampau banyak Ilmu terkandung disebaliknya masih belum dirungkai 
pada jiwa-jiwa ini.
Tapi aku tak pernah terdetik untuk membuat sebegitu selalu.
mungkin sekatan masa.
tapi itu bukanlah alasan untuk aku jadikan untuk memperbetulkan bacaanku.

Aku sedar. 8 tahun berturut-turut aku khatam,walaupun bacaannya lancar,
namun aku perlu tahu apakah makna yg terkandung di dalamnya.
insyaAllah istiqamah.
Kadang-kadang kita belajar,tapi kita lupa.
 Belajar segala hokum-hukum mad,panjang dan pendek tapi kita hanya mampu mengamalkan separuhnya sahaja.

Lalu aku berfikir.
Perlunya untuk aku berkongsi dengan anda-anda mengenai bacaan-bacaan al-quran yang kadang-kadang kita hanya ambil ringan sahaja.
Pelajarannya. 
Hanya hari ini, aku dapat mempraktiskan semula bacaan mad yg asas yg kebiasaannya ada dalam kalam itu.

Pagi tadi.
Aku turut meniliti tafsiran al-quran yang dibaca sepenuhnya.
Lalu aku tertarik.
“kenapa Allah ciptakan lalat?”
Kenapa ada perumpamaan demikian yang disebut-sebut dalam al-quran muka surat 5 Surah AlBaqarah ayat 26.
cerita ini akan terungkai dalam “posting” berikutnya…
Farizaarezali
0944
29062014


 "mengapa?kenapa?" *****



Kenapa Allah ciptakan lalat?
Bukan sahaja lalat.
Tapi juga apa yg ada pada serigala dan labah-labah
Bagaimana serigala yg cerdik berpura-pura mati seperti seekor bangkai. Padahal ia menunggu mangsa untuk diperdaya.
Bagaimana labah-labah yg membuat perangkap untuk menghalang sebarang pergerakan dan mengawal mangsanya dengan berada di tengah-tengah perangkap itu.
Kenapa pula lalat?

Dari Abu Hurairah bahawa Rasullulah S.A.W pernah bersabda.
“apabila seekor lalat hinggap di tempat minum salah seorang daripada kalian ,hendaklah ia menenggelamkannya ke dalam minuman tersebut ,kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelahnya lagi terdapat penawar”
(hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalam peringatan ini.
Allah juga ada menyebut ..
“sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu sebagai perumpamaan. Bagi orang-orang yang beriman , mereka mengetahui bahawa itu adalah kebenaran dari tuhan.tetapi yang kafir akan mempersoalkannya”
(2:26)

Aku teringat.
Sepanjang aku berada di semester 2 di UPM, banyak sekali orang membangkitkan permasalahan anjing yang menganggu.
Lalu aku terfikir,jika anjing itu mencederai kita tanpa sebab. Maka patutlah untuk diambil tindakan.
Namun, anda onar-onar dari belakang yang mengutuk-gutuk haiwan tersebut tanpa pernah terdetik untuk mengambil sesuatu yang baik dari itu.

Muhasabah.
Diri perlu ditarbiyyah.kerana kita masih belum sempurna.
Sedangkan aku juga tidak boleh lari dari kesilapan itu.
Hikmah daripada ciptaan Ilahi.
Farizaarezali
1021
29062014




I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

27 August 2014

Im HORT Student

Kami Budak Hort >,<

“Horticulture is heavily dependent on three broad areas of knowledge: Science, Business, & Art. An appropriate balance and interaction of these three components is necessary for success in Horticulture.
Prof. Bailey L. H.


ada satu kes ketika senior saya memohon kerja di Jabatan Pertanian mereka bertanya,



"Apakah Sains Hortikultur ini? Kami terima pelajar pertanian je dik."

Bayangkan orang JP sendiri tidak tahu apa itu Sains Hortikultur? 


(kes ini berlaku 5-6 tahun yang lepas).



Bagi saya pula jika ada yang bertanya ambil jurusan apa di UPM, saya jawab

"Sains Horticulture di bawah Fakulti Pertanian."

"Oooo. Sains Horticulture.." 


sama ada mereka minta ulang semula apa yang saya sebut atau



"Apa itu?"

Kebelakangan ini sahaja istilah 'hortikultur' mula mendapat perhatian ramai. 


Malaysian Agriculture, Horticulture adn Agrotourism (MAHA) menjadi contoh terbaik untuk ini.



Menyingkap sejarah Bacelor Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, sebenarnya jurusan ini telah pun lama bertapak ada sejak UPM menawarkan jurusan pada peringkat ijazah sarjana muda. Cuma apa yang menyedihkan pada tahun 1998 ia telah ditutup atas dasar politik ketika itu tidak menyokong pertanian. Mereka gantikan dengan Sains Bioindustri.

Namun, Sains Bioindustri sememangnya tidak mendapat sambutan. Pelajar hanya belajar pertanian dan hortikultur secara teori tanpa menjejakkan kaki ke ladang. Akhirnya jurusan ini dibubarkan.

Bacelor Sains Hortikultur dibuka semula dengan menerima kemasukan pelajar baharu bermula tahun 2002.

Baiklah, sebelum saya meneruskan lagi perbincangan ini, pembaca fahamkah apa yang dimaksudkan dengan hortikultur? Adakah ia budaya panas? HOT culture?

"tapi sememangnya kami budak2 hot..haa"



Sebenarnya istilah 'hortikultur' berasal daripada 2 perkataan Latin iaitu Hortus yang bermaksud taman atau kebun, dan Colere yang bermaksud penanaman. Jadi hortikultur boleh didefinasikan sebagai sains atau seni penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga serta landskap.



Olerikultur untuk sesiapa yang makan sayuran.

Florikultur untuk peminat gubahan bunga.


Hiasan landskap yang indah memerlukan seorang ahli hortikultur sebagai penasihat.
Pomologi untuk sesiapa yang minat makan buahan.



Secara amnya, ketika di awal tahun, subjek-subjek yang saya ambil kebanyakannya lebih kepada asas-asas pengenalan tumbuhan seperti subjek Biologi Sel dan Genetik, Fisiologi dan Botani Tanaman Hortikultur, Manusia dan Pertanian dan lain-lain. Ketika ini saya masih lagi diambang ketidakketahuan apakah itu hortikultur. Tampak sama sahaja seperti pelajar Sains Pertanian.

lecturer saya juga pernah bercerita. ada juga yang further study dalam bidang yang lebih mendalam. contohnya tissue culture juga teknik penanaman selaras dengan perkembangan teknologi tanaman kini. banyak lagi yang diluar jangkaan kita sebenarnya.

Masuk sahaja tahun kedua, Sains Hortikultur mula jelas. Subjek-subjek seperti Pomologi. Olerikultur, Hortikultur hiasan, Entimologi Asas dan lain-lain membuka minda saya ke tahap yang lebih atas. Saya mula berminat dengan subjek-subjek yang ingin dipelajari. Sungguh saya teruja kerana apa yang akan saya belajar boleh membawa kepada kehidupan di sekitar saya. Di waktu inilah terdapat perbezaan ketara pembelajaran budak Sains Pertanian dengan budak Sains Hortikultur. Budak SP lebih kepada tanaman industri seperti padi, kelapa sawit, getah dan tanaman kontang yang lain. Manakala budak SH lebih kepada buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan landskap.

Walaupun ia seperti teknik-teknik orang berkebun di hadapan rumah, tapi bukankah itu yang membekalkan makanan kepada dunia ini? Lihatlah Belanda. Negaranya kecil tapi mampu menjadi pengeksport utama tulip di dunia. Kenapa tidak Malaysia yang dirahmati dengan hujan sepanjang tahun? Kita perlu berlari untuk mencapai kejayaan dalam industri hortikultur ini.

Pada tahun-tahun yang akan datang , saya terdedah pula kepada subjek-subjek elektif. Ketika inilah saya boleh mencungkil minat sebenar dalam bidang landskap. Jika tidak minat buah atau sayur, boleh sahaja memilih bunga dan landskap sebagai kecenderungan kita. Itulah uniknya pelajar BSHTK.

Sesungguhnya subjek-subjek tersebut amatlah berguna untuk saya ketika bekerja nanti. Tidak kiralah jika pekerjaan saya itu akan berkaitan dengan industri hortikultur atau pun tidak. Malahan saya juga boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari dalam kehidupan harian saya.

Ramai juga senior sejurusan mengambil subjek landskap. Al-maklumlah, mereka kurang meminati tanaman makanan. Apapun, kini ramai senior saya  itu sudah pun bekerja di alam landskap. Sungguh hebat belaka mereka!



Tidak kurang juga minat saya ini bertambah kuat dek kerana pengajaran pensyarah-pensyarah di sini. Kebanyakan pensyarah di Fakulti Pertanian ini adalah antara yang telah mengajar di UPM sejak tahun 70an lagi. Mereka sememangnya mempunyai pengalaman dalam pengajara ini sungguh lama

Kesimpulannnya, BSHTK bukanlah suatu bidang yang boleh dipandang enteng. Perjalanan saya sepanjang 1 tahun menjadi pelajar BSHTK betul-betul membuatkan saya bersyukur kerana telah dipilih dalam jurusan ini. Ya ia mungkin nampak salah tapi apakah hati ini peduli akan kata-kata orang luar?
 Hanya jauhari jua kenal manikam.



semoga 2 tahun yang akan datang memberi peluang cerah untuk saya menyambung pengajian itu dalam bidang master dan PHD dalam bidang yang AWESOME nanti.


galeri kejayaan budak hort: (dari senior  BSHTK) "maaf curi gambar..hee"


Pelajar praktikal....




Kini pengurus ladang

Dulu pekerja buruh...





Kini... penyelia landskap di KL

Dulu buruh semasa praktikal... 

Kini... penyelia landskap
salam dari kami.
budak HORT 2013/2014
piece!! :D



I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

26 August 2014

Memilih bukan Mendidik


Memang Dia yg Maha tahu.

Tapi dalam bercitakan yg sempurna.
Anda terlebih dahulu berjalan ke hdpn bukan hnya mlihat ke hdpn.
#seethrough
..an-nuur 26..

Bila kita kenal diri sendiri.
Kita akan 'setkan' satu 'guide line' 
Pasti.
Itu yg membezakn bg setiap hamba.
supaya kita tak lebih mahupun terkurang kepada dunia mahupun khdpn selepasnya.

'guide line' tulah akn 'control' setiap tindakan seorg muslimah.
Agar setiap 'virus' yg 'attack' akn di 'scan' sepenuhnya. .di 'fixkan' sbaiknya.

#carilah #guideline itu #usahkamugelisah
#usahkamurisau

Apabila kita mnuju ke jalan Allah.
Nescaya Allah akn mmbawa kita bersama ke jalan2 yg kita mahukan.




I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

Tafakur bersama CintaNya


dunya.
no need to stay.



Bila bicara kita terhenti.
Mata mulalah tercari-cari.

Minda akhirnya mengerti
Bahwa tiba masanya.
Untuk hati kita pula berbicara.

"flash back"
Merenung 
Masa akan datang dan sedikit ke belakang.

When we reach throughout the line .
bernama Pengalaman.
Kita mula berteka-teki.
Hari ini mungkin Ujian.
Atau mungkin Balasan.

Tapi jarang sekali,kita menduga.
adakah itu satu Tarbiah?
Kita hanya diTarbiah manusia.
Tibalah masa Allah pula menTarbiah kita.

Tika.
Kita mencipta 'flow' yg kita nak.
Tapi Allah bagi 'flow' yg jauh sekali tdk kita duga.

Tika itu.
Kita cuma cuma perlu satu bekalan.
"trust "
Percaya pd jalan Dia.
Kerna di balik awan yg tebal.
Pasti kita temui berjuta keindahaan disebaliknya.
Siapa kisah!
Kerana Perjalanan Allah lebih INDAH.

"ketika kita ikut je jalan yg Allah bentangkan dihadapan kita.pasti Allah akan membawa kita juga kepada jalan-jalan yg kita nak "
#TRUST HIM

I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

14 August 2014

cerita hati

Kerana Agamaku adalah Islam

“empat,lima…enamm..” Zulaika membilang dengan teliti
“ika,kamu rasa cukup ke pembiayaan kita untuk projek minggu festival islam ni?” Hanis bertanya mahukan kepastian.
“insyaAllah,dengan izin Allah..pasti terlaksana program kita yg julung-julung kali ni,bukan senang tau”jelas Zulaikha
“alhamdulillah..meh,ana tolong  recheck balik listing kita..ada atas meja ika kan”
“a.ah”jawap Zulaika perlahan
***
“ika,boleh ana tanya sesuatu?”
“ya..tanyalah”
“tadi ana lihat ada satu bungkusan ada meja anta..rasanya 2 hari lepas dah kat situ….”
“Jadi?”
“ana cuma bertanya,maaflah jika anta marah”
Zulaikha terdiam.
“rasanya esok dah boleh hantar kat ustaz,dah cukup barangkali kutipan ni”tiba-tiba katanya memecah suasana.
“baiklah”turut Hanis.
Mata Zulaikha merenung tajam kea rah bungkusan itu. Seakan ragu-ragu akan soal itu.
“hanis..”memulakan bicara
“ya,I know u have something deep inside to heal right?”
“yes,actually..may I ask u something?”
“yes dear ..can”
“it is a good enough to express u love someone because of Him?”
Hanis pula terdiam kali ni.
***
“sahabatku Zulaikha,rupanya itu yg menjadi keraguan mu..”terukir senyum dibibir Hanis.
“ana cuma keliru jika tindakan ini mungkin salah.”
“ika..macam nilah,kamu istikharah terlebih dahulu sebaiknya. Minta petunjuk kalau Allah permudahkan.maka pasti tiada masalah di kemudian hari”
“inshaALLAH..”
**
Selang beberapa hari..
“Hanis,I got some hint..inshaAllah jika Allah permudahkan segalanya…”
Hanis tidak putus-putus tersenyum melihat ikhwah yg disayanginya itu kerana Allah. Lantas ,Dia mendekati Zulaikha ..mencapai tangannya sambil berkata.
“Ika, when the time after he had received your notes,what will be comsumption that u may commit for.?.”
Zulaikha memulakan bicara.
“pertama sekali, ana takkan rasa kecewa jika ditolak ataupun tidak merasa gembira kerana diterima kerana segalanya ana serahkan pada Allah kerana ana yakin pada pilihanNya”
“kedua,jika ana krik2 je. Cukuplah warkah itu yang mendahului dan mengakhirinya. Tiada yang lebih dari melayan atau memupuk perasaan cinta yg tidak perlu ”
“ketiga, kiranya ada penjelasan yg lebih baik daripada apa yg ana lakukan ini, teruskan berdoa yang terbaik. Ingatlah bahawa …
….bersama atau tidak,bermanafaat atau tidak,gerabak dakwah ini akan terus bergerak”
Hanis.did you know ?Her heart whispered slowly.
“The relation between a man and a woman is nothing without the connection through HIM because HE will connect your love behind ,keep spreading by HIS love without infinity..”
These words keep repeating.



I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia