topbella

♫jiwa.blOGGer♪

13 September 2014

My Piano



apabila kau rasakan diri itu perlu.
bergeraklah kehadapan.
usah gelisah.
akan apa yang kita tinggalkan dibelakang.


the first who forget is the happiest person 
:)

farizaarezali
0755
13092014

I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

08 September 2014

Deny or Admit It

Duniawi

Berbicara mengenainya,
Tidak akan pernah ada limitationnya.
Penuh dengan sengketa semata.

***


"leceh betullah"keluh seorang ikhwah

"apa yang leceh ni Bad?"tanya sahabatnya itu. Gelisah melihatnya sedang mencari-cari sesuatu daripada tadi.

"Man..phone aku hilang lagi la"

"Astagfirullahalazim..siapala yg curi pula kali ni? agaknya belum serik-serik lagi..hurmm.." Aiman akhirnya mengerti perasaan ikhwahnya yang disayangi kerana Allah itu.

Kedua-duanya termenung.
Berfikir seketika.

Tiba-tiba Badrul memulakan bicara.

"biarlah Man,bukan rezeki aku agaknya"

Aiman hanya memandang ikhwahnya dengan hanya melemparkan senyuman sahaja. 

"Bad, cuba kau renungkan ayat 216 surah Al Baqarah "tambah Aiman

Badrul mencapai tafsirnya dan membuka satu persatu helaian tafsir yang dihadiahkan oleh ayahnya itu.

Seketika.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Hatinya mula mengimbas kembali.
kenapa dan mengapa.
Setiap kejadian Allah itu diciptakan.
daripada pangkal sehingga kehujungnya.

mencari-cari hikmah itu.

kali ini.
Badrul mula melirikkan senyuman dibibirnya.
penuh ikhlas pada saat itu.

mungkin kerana dia lebih tahu.
buruk dan baiknya.

jauh sekali Badrul memandang kearah jendela yang masih terbuka itu.
mendongak kearahnya.
seperti seakan tahu apa "hint" drpdNya kali ini.

***

sering sahaja kita ditarbiyah manusia.
tapi lupa akan tarbiyah dr Yang Esa

duniawi juga,

tetapi,
kadang-kadang,
hidup perlu ada kehendaknya.
kemahuannya.

kerana ia tersangatlah berbeza.
manusia sesama manusia.
kerana itu.
insaniah terbina.
atas landasan yang berbeza.

sehingga mana kita mula mengenal diri.
di situ kita sendiri akan tahu.
'limit' sebenar.
pada setiap sudut perkara.

jadi.
jangan persoalkan soal keduniaan.
hanya berdasarkan 'limit' kita semata.

kita adalah berbeza.
punya "guide line" sendiri.

sejauh mana gerabak ini bergerak.
kita sendiri yang membawanya.
supaya ia akan terus bergerak.

tahukah engkau.
bersama ataupun tidak.
bermanafaat atau tidak.
gerabak ini akan terus bergerak.

soalnya.
masih relevenkah engkau berada dalam gerabak ini?

farizaarezali
08092014
2303


I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

06 September 2014

Bismillah

0904
09062014
farizaarezali


kekuatan.

itu bermula dari sudut setiap perkara.

"ahh..nervousnyaaa"

"wahh..tak sabarnya.."

"kini aku lebih bersemangat!!"

celoteh mereka.

disini kisah baru pasti bermula.

tanpa pernah lupa kenangan lama.

tanpa meninggalkan pengalaman bersama.

kerana.

demi Dia.

kita berjuang.

demi Dia

jihad ini dimulakan

demi Dia

ia pasti bermula.

dengan.

"BISMILLAH"


I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

01 September 2014

Aku Juga Jahil


“..bila waktu…tlah memanggil,teman sejati  hanyalah aman..”
“Bila waktu telah berhenti,teman sejati tinggalah sepi…”

Kenyaringan suara Badrul memecahkan suasana suram dalam rumah yang disewa bersama rakan=rakannya yang lain.

“pfft..sedap gop suara mg ni Bad, silap-silap boleh jadi penyanyi nasyid ni” celah Daud ,sejak dari tadi memerhatikan gelagat rakannya itu.

“haha, penyanyi nasyid tu boleh sangat,tapi bila nak suruh aku berpidato ke ,berceramah ke tak mampu aku.. aku bukan macam Man tu”

Tambah Badrul selamba sambil menjeling-jeling kearah Azman yang sedang khusyuk menelaah buku ilmiahnya berjudul Kristiani dan Gejala Murtad.

Sejak dari tadi,mencuri-curi dengar perbualan kedua-dua rakannya itu. Kali ini buku yang dikarang Ustaz Farhan Abdullah atau nama sebenar beliau Pastor Yohanes lebih menarik perhatian Azman daripada melayan usikan rakannya itu.

“Man tu lain la..banyak ilmu agamanya, kita ni mana la sempat nak membaca buku-buku ilmiah yang menimbun-nimbun ni” kata Daud sambil membelek salah satu buku terbitan AL Hidayah ’50 soal jawab Mengapa Syiah Sesat’ yang turut menjadi koleksi Azman.

Tiba-tiba Azman memulakan bicaranya.

“Daud ,Bad cuba kau  tadahkan kedua-dua tangan korang” pinta Azman berkelakuan agak pelik.
“apasal pulak nak tadahkan tangan Man,kau nak bagi ilmu kat kami ke?” Tanya Daud mentertawakannya

“tak yah nak banyak soal, skrg ni anggap telapak tangan kau tu sebagai neraca timbang”

Badrul dan Daud hanya menurut arahan Azman.

“Bad, aku beri kau dua perkara, pertama, pahala dan kedua dakwah..kau rasa yang mana lebih berat lagi antara keduanya??”

Bad mula gelisah dan keliru. Lantas berkata “kau gila ke Man,memanglah pahala tu boleh ditimbang berat ringannya, tapi neraca timbangan mana yang kita guna dalam menyampaikan dakwah Man..”

Penjelasan Badrul dibalasnya dengan senyum sahaja seolah-olah mengiakan rakannya itu. Kasihnya pada ikhwah itu hanya Allah yang tahu.

Seketika kemudian.

“Daud, sekarang ni aku beri kau dua pilihan, pertama pahala, kedua ilmu..dimana kau akan letakkan timbangannya??”

“Man ni..mestilah pahala di bahagian yang lain, ilmu pula dibahagian yang lain,mana boleh campurkan kedua-duanya..salah tuu”

Sekali lagi Azman tertawa kecil melihat gelagat kedua rakannya itu.

“hai Man, kenapa pula kau ketawa,apa lucu kau ingat??” tambah Badrul daripada tadi hairan.

Azman mendekati ikhwahnya Badrul, menepuk bahu rakannya itu. Sambil menjelaskan.
“Bad, sesungguhlah dalam melakukan dakwah,tidak akan ada neraca untuk menimbangnya, selagi mana kita hidup ,kita boleh berdakwah walaupun hanya tahu satu perkara sekalipun, sekalipun kita anggap kita jahil terhadap ilmu, tapi jangan sesekali kita jahil terhadap Allah”

Ya akhi,ya ukhti.

Dalam berdakwah.

Mahupun menyebarkan ilmu Allah.

Setiap hamba Allah itu bergelar daie.

Maka tidak akan ada perantaraan untuk membezakannya.

***
Pandangan Azman dialihkan pada rakannya Daud yang turut hairan ditertawakan sebantar tadi.

“Daud,seperti yang kau katakan tadi, mana ada neraca yang mencampurkan pahala dengan ilmu yang kita ada”

“dulu,ustaz aku pernah berkata yang Imam Syafie pernah berpesan “semakin banyak ilmu pada manusia,semakin jahil manusia itu”

Ketika mulanya. Mati-mati aku ingat bahwa aku terjerumus ke ajaran sesat. Lama-lama baru aku faham ,ada benarnya kata Imam Syafie itu.

Ya Ukhti Ya Akhi,

Bila kita tiada ilmu atau kurang arif ilmu-ilmu agama.

Kita akan sedar bahawa kita sejahil-jahilnya kepada pencipta.

Tapi bila ilmu ade sikit,

Kita akan rasa berat kepala dah.

Dan..makin banyak kita tahu pasal ilmu agama,

Makin kita rasa hebat dari org lain,

Hebat dari manusia yg hanya brharap org suap je,

Tapi,sayang,

Ruginya,

Tanpa sedar,

Kita tergolong dalam org2 yang riak.

“ada ilmu tapi dop sebar,ada ilmu tapi dop amal,dop leh nak wat gape”teringat kata UAI

***
“jadi Daud, soalnya seberapa berat sekalipun ilmu kita,buku-buku yang kita baca pun,setinggi mana pandangan kita pada manusia mengenai ilmu agama mereka, tak dop bende…kita still kembali pada Allah dengan timbangan pahala kita”

Daud tertunduk. Seakan-akan memberi ruangan kepada sinar cahaya yang melutupi di celahan-celahan hatinya.

Badrul pula membaringkan badannya ke katil. Seakan-akan telah menjumpai point sebenar ikhwahnya itu.

Azman meluru kearah jendela ,sambil mendongak ke langit..

“janganlah kita hanya melihat langit tanpa mendongak kearahnya”bicara hati Azman , ….seolah-olah merasa kata-katannya yg diilhamkan oleh Allah sebentar tadi seperti menjemput sinar-sinar baru ke dalam rumahnya selepas ini.

Apabila kita semakin rasa Mudah untuk menimba ilmu Allah,maka kita akan menanggung semakin Beratnya tanggungjawap kita sebagai khalifah di muka bumI kepada ummah yang lain.
Subhanallah. Perjuangan mereka akan lebih dasyat T.T

#terimakasihbuatikhwahygdisayangikeranaDIA

#selagi kita ada satu tugas,selagi itu kita ada peluang untuk ditarbiyah

#maka, apabila kita terlepas satu tugas,kita terlepas satu peluang untuk ditarbiyah

farizaarezali
01092014
0933





I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia