topbella

♫jiwa.blOGGer♪

02 April 2016

Kasih Sayang

sesuatu yang diminta tanpa nilainya,tapi diberi dengan penuh bermakna. 
ketika ujian yang Engkau berikan kepadaku ketika aku masih belum bersedia. Engkau mudahkan setiap perjalanan ujianku. 
ketika aku sudah tidak mampu menanggung perit sakitku gelisahku,Engkau tempatku merayu,hibaku engkau dengar,bila ketika tangisanku menjadi mahal disisiMu.

Ketika itu tanpa perhintungan dosa-dosaku,engkau anugerahkan aku kekuatan,engkau berikan aku peluang,seolah-olah engkau menyampaikan sesuatu permintaanku disebalik setiap keluh kesah.

Ya Rabb,ujianMu membawa aku lebih kenal apa yang dikatakan sebuah kasih sayang.

Aku tinggalkan cinta manusia,aku relakan nafsu dunia berlalu begitu saja,aku larikan diri pada zina semata-mata demi mengenal cintamu. sesungguhnya Engkau berikan lebih,yang dinamakan sebuah kasih sayang..

Rinduku makin  hari makin rindu, setiap kasih sayangmu,itulah nikmat yang tidak pernah aku sia-siakan. 
Terima kasih Ya Allah,engkau jadikan aku lebih kuat untuk ujian itu.
Sakitnya masih dirasa hingga kini,tragedinya masih jelas menjadi persoalan pada mindaku. peristiwa eksiden tempoh hari menggagahkan aku.. sesungguhnya ketika ini aku tahu engkau masih menyanyangiku. 

Sekalipun terlampau banyak dosaku padaku,terlalu banyak khilafku pada pandangan manusia, aku masih mahu jadi terbaik bagimu.

Ya Allah,rasakan kasihku ini berpanjangan hingga ke syurgamu...

suatu mesej yang engkau berikan bahawa aku perlu fokus pada urusan akhirat dan rehat dari urusan duniaku,suatu mesej yang engkau berikan betapa singkat perjalanan untuk merasakan kasih sayangmu.suatu mesej yang aku terima bahawa tidak perlu terlalu dambakan sesuatu yang menjadi igauan dunia.kerana aku akan kembali padamu kelak.

bersama kasih sayang bagi setiap kasih sayang yang engkau berikan.
redhamu.....Yang Esa

I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

3 comments:

  1. hidup sekarang lebih bermakna dengan ujian Allah.. andai kita sambut sayang Nya.. daripada kita sibuk mencari kesenangan sekarang.. yang semakin kotor dengan pelbagai fitnah dan dunia yg tenat. sekarang lebih penting utk fikir utk dri sndiri untuk hadapi yg bakal hadapi.

    ReplyDelete
  2. thanks anonymous!...Yep,dunia banyak membawa kita kedalam kesibukan yg ternyata kita xsedar,sehingga Allah uji sesuatu,buat kita kembali kepada dakapanNya..subhanallah,kasih sayangnya lebih dari segalanya.Dia xpernah henti2 bagi ujian sbb Dia sgt sygkan hambanya..allahu...-_-

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia