topbella

♫jiwa.blOGGer♪

29 August 2014

Getaran Hati


“follow the flow”

Ramadhani,
Permulaan yg cukup indah.
Semalam buat pertama kali tahun ini mengerjakan solat sunat terawih hinggakan seluruh isi masjid itu kurasakan padat dengan insani pendamba cinta Ilahi. Alhamdulillah, sesungguhnya benarlah tiada perantaraan untuk “connection” kita bersama pencipta. Apabila telah “access” selesai berjemaah.


ketahuilah ,jalan menuju Allah tidak ditempuh dengan langkah kaki, melainkan harus ditempuh dengan hati”
(Ibnu Jauzi)
***
Seusai solat terawih.
Imam mengingatkan makmumnya.
Mengenai konsep pengisian hati.
Hati.

Umpama botol kosong yang apabila diisi dengan air biasa,mungkin harganya mencecah 20 sen ataupun seringgit.jika diisi dengan air cordial,mungkin harganya mencecah 2 hingga 3 ringgit. Tapi bila diisi dengan madu,harganya lebih dari 50 ringgit.
 Kita yang mempunyai “priority” untuk mengisi botol itu mengikut pengisian yg sebetulnya. Jika taqwalah kandungannya, maka hati kita akan bersatu dan terus menyatu.
Namun,cuba bayangkan jika botol itu diisi dengan air kumbahan longkang.
 Mungkin negative harganya. Adakah terlalu murah ataupun mungkin tak mempunyai harga pun. 
Sedangkan apabila diberi percuma pun tidak akan diambil. 
Di manakah tahap konsep taqwa yg ada pada diri kita?

Sesungguhnya
Taqwa.
Seperti meniti di atas rumput-rumput yang berduri.
Kadang-kadang kita terpijak,
Menjerit .
Namun sakitnya perlu ditahan.
Supaya kita terus bertahan untuk melangkah ke hadapan.
Kadang-kadang luka.
Kita ubatkan.
Tapi, jangan cuba untuk berpatah balik. Ketika kita akan jauh ke belakang untuk menikmati keindahan nikmat yang berada dihadapan.
Sakit Cuma sedikit,tapi kita bertahan.
Rebah Cuma sementara,tapi kita terus bangkit.

Permulaan ramadhan ini.
Sangat hebat.
Sangat padat.
Setelah lama tidak mengabdikan sepenuhnya waktu bersama Dia.aku rasakan nikmat yg jatuh bagaikan durian runtuh.
Taqwa itu adalah,
Berjalan di atas jalan yang dipenuhi duri,
Dengan berhati-hati.
Tiadalah diminta untuk berjalan tanpa terkena duri,
Tetapi cukuplah berjalan dengan berhati-hati.
Akan ada masa kita mampui lalui tanpa dilukai,
Akan ada jua masa kita akan terluka.
Namun,kita tetap berjalan
Kerna yakin akan jalan yang dibentangkan olehNya.
Darah kita kan menitis,
Mengekori setiap langkah yang kita ambil,
Meninggalkan kesan,
Buat mereka di belakang.



Tadi,
Seusai bertadarus bersama keluarga
Aku meneliti satu persatu bacaanku, 
mempelajari lebih mendalam tentang tajwid dan manafaat melalui tadarus itu.
Aku terdetik membuat demikian.
Kerana telah lama aku bertadus dan khatam 30 juzuk setiap kali ramadhan.
Dan apabila bakal menghabiskannya buat kali ke-10,
Aku merasakan masih ada yang tertinggal disebaliknya.
Kerana masih terlampau banyak Ilmu terkandung disebaliknya masih belum dirungkai 
pada jiwa-jiwa ini.
Tapi aku tak pernah terdetik untuk membuat sebegitu selalu.
mungkin sekatan masa.
tapi itu bukanlah alasan untuk aku jadikan untuk memperbetulkan bacaanku.

Aku sedar. 8 tahun berturut-turut aku khatam,walaupun bacaannya lancar,
namun aku perlu tahu apakah makna yg terkandung di dalamnya.
insyaAllah istiqamah.
Kadang-kadang kita belajar,tapi kita lupa.
 Belajar segala hokum-hukum mad,panjang dan pendek tapi kita hanya mampu mengamalkan separuhnya sahaja.

Lalu aku berfikir.
Perlunya untuk aku berkongsi dengan anda-anda mengenai bacaan-bacaan al-quran yang kadang-kadang kita hanya ambil ringan sahaja.
Pelajarannya. 
Hanya hari ini, aku dapat mempraktiskan semula bacaan mad yg asas yg kebiasaannya ada dalam kalam itu.

Pagi tadi.
Aku turut meniliti tafsiran al-quran yang dibaca sepenuhnya.
Lalu aku tertarik.
“kenapa Allah ciptakan lalat?”
Kenapa ada perumpamaan demikian yang disebut-sebut dalam al-quran muka surat 5 Surah AlBaqarah ayat 26.
cerita ini akan terungkai dalam “posting” berikutnya…
Farizaarezali
0944
29062014


 "mengapa?kenapa?" *****



Kenapa Allah ciptakan lalat?
Bukan sahaja lalat.
Tapi juga apa yg ada pada serigala dan labah-labah
Bagaimana serigala yg cerdik berpura-pura mati seperti seekor bangkai. Padahal ia menunggu mangsa untuk diperdaya.
Bagaimana labah-labah yg membuat perangkap untuk menghalang sebarang pergerakan dan mengawal mangsanya dengan berada di tengah-tengah perangkap itu.
Kenapa pula lalat?

Dari Abu Hurairah bahawa Rasullulah S.A.W pernah bersabda.
“apabila seekor lalat hinggap di tempat minum salah seorang daripada kalian ,hendaklah ia menenggelamkannya ke dalam minuman tersebut ,kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sebelahnya lagi terdapat penawar”
(hadis riwayat Al-Bukhari)
Dalam peringatan ini.
Allah juga ada menyebut ..
“sesungguhnya Allah tidak malu menjadikan nyamuk atau yang lebih kecil daripada itu sebagai perumpamaan. Bagi orang-orang yang beriman , mereka mengetahui bahawa itu adalah kebenaran dari tuhan.tetapi yang kafir akan mempersoalkannya”
(2:26)

Aku teringat.
Sepanjang aku berada di semester 2 di UPM, banyak sekali orang membangkitkan permasalahan anjing yang menganggu.
Lalu aku terfikir,jika anjing itu mencederai kita tanpa sebab. Maka patutlah untuk diambil tindakan.
Namun, anda onar-onar dari belakang yang mengutuk-gutuk haiwan tersebut tanpa pernah terdetik untuk mengambil sesuatu yang baik dari itu.

Muhasabah.
Diri perlu ditarbiyyah.kerana kita masih belum sempurna.
Sedangkan aku juga tidak boleh lari dari kesilapan itu.
Hikmah daripada ciptaan Ilahi.
Farizaarezali
1021
29062014




I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

No comments:

Post a Comment

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia