topbella

♫jiwa.blOGGer♪

27 August 2014

Im HORT Student

Kami Budak Hort >,<

“Horticulture is heavily dependent on three broad areas of knowledge: Science, Business, & Art. An appropriate balance and interaction of these three components is necessary for success in Horticulture.
Prof. Bailey L. H.


ada satu kes ketika senior saya memohon kerja di Jabatan Pertanian mereka bertanya,



"Apakah Sains Hortikultur ini? Kami terima pelajar pertanian je dik."

Bayangkan orang JP sendiri tidak tahu apa itu Sains Hortikultur? 


(kes ini berlaku 5-6 tahun yang lepas).



Bagi saya pula jika ada yang bertanya ambil jurusan apa di UPM, saya jawab

"Sains Horticulture di bawah Fakulti Pertanian."

"Oooo. Sains Horticulture.." 


sama ada mereka minta ulang semula apa yang saya sebut atau



"Apa itu?"

Kebelakangan ini sahaja istilah 'hortikultur' mula mendapat perhatian ramai. 


Malaysian Agriculture, Horticulture adn Agrotourism (MAHA) menjadi contoh terbaik untuk ini.



Menyingkap sejarah Bacelor Sains Hortikultur di Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia, sebenarnya jurusan ini telah pun lama bertapak ada sejak UPM menawarkan jurusan pada peringkat ijazah sarjana muda. Cuma apa yang menyedihkan pada tahun 1998 ia telah ditutup atas dasar politik ketika itu tidak menyokong pertanian. Mereka gantikan dengan Sains Bioindustri.

Namun, Sains Bioindustri sememangnya tidak mendapat sambutan. Pelajar hanya belajar pertanian dan hortikultur secara teori tanpa menjejakkan kaki ke ladang. Akhirnya jurusan ini dibubarkan.

Bacelor Sains Hortikultur dibuka semula dengan menerima kemasukan pelajar baharu bermula tahun 2002.

Baiklah, sebelum saya meneruskan lagi perbincangan ini, pembaca fahamkah apa yang dimaksudkan dengan hortikultur? Adakah ia budaya panas? HOT culture?

"tapi sememangnya kami budak2 hot..haa"



Sebenarnya istilah 'hortikultur' berasal daripada 2 perkataan Latin iaitu Hortus yang bermaksud taman atau kebun, dan Colere yang bermaksud penanaman. Jadi hortikultur boleh didefinasikan sebagai sains atau seni penanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga serta landskap.



Olerikultur untuk sesiapa yang makan sayuran.

Florikultur untuk peminat gubahan bunga.


Hiasan landskap yang indah memerlukan seorang ahli hortikultur sebagai penasihat.
Pomologi untuk sesiapa yang minat makan buahan.



Secara amnya, ketika di awal tahun, subjek-subjek yang saya ambil kebanyakannya lebih kepada asas-asas pengenalan tumbuhan seperti subjek Biologi Sel dan Genetik, Fisiologi dan Botani Tanaman Hortikultur, Manusia dan Pertanian dan lain-lain. Ketika ini saya masih lagi diambang ketidakketahuan apakah itu hortikultur. Tampak sama sahaja seperti pelajar Sains Pertanian.

lecturer saya juga pernah bercerita. ada juga yang further study dalam bidang yang lebih mendalam. contohnya tissue culture juga teknik penanaman selaras dengan perkembangan teknologi tanaman kini. banyak lagi yang diluar jangkaan kita sebenarnya.

Masuk sahaja tahun kedua, Sains Hortikultur mula jelas. Subjek-subjek seperti Pomologi. Olerikultur, Hortikultur hiasan, Entimologi Asas dan lain-lain membuka minda saya ke tahap yang lebih atas. Saya mula berminat dengan subjek-subjek yang ingin dipelajari. Sungguh saya teruja kerana apa yang akan saya belajar boleh membawa kepada kehidupan di sekitar saya. Di waktu inilah terdapat perbezaan ketara pembelajaran budak Sains Pertanian dengan budak Sains Hortikultur. Budak SP lebih kepada tanaman industri seperti padi, kelapa sawit, getah dan tanaman kontang yang lain. Manakala budak SH lebih kepada buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan landskap.

Walaupun ia seperti teknik-teknik orang berkebun di hadapan rumah, tapi bukankah itu yang membekalkan makanan kepada dunia ini? Lihatlah Belanda. Negaranya kecil tapi mampu menjadi pengeksport utama tulip di dunia. Kenapa tidak Malaysia yang dirahmati dengan hujan sepanjang tahun? Kita perlu berlari untuk mencapai kejayaan dalam industri hortikultur ini.

Pada tahun-tahun yang akan datang , saya terdedah pula kepada subjek-subjek elektif. Ketika inilah saya boleh mencungkil minat sebenar dalam bidang landskap. Jika tidak minat buah atau sayur, boleh sahaja memilih bunga dan landskap sebagai kecenderungan kita. Itulah uniknya pelajar BSHTK.

Sesungguhnya subjek-subjek tersebut amatlah berguna untuk saya ketika bekerja nanti. Tidak kiralah jika pekerjaan saya itu akan berkaitan dengan industri hortikultur atau pun tidak. Malahan saya juga boleh mempraktikkan apa yang saya pelajari dalam kehidupan harian saya.

Ramai juga senior sejurusan mengambil subjek landskap. Al-maklumlah, mereka kurang meminati tanaman makanan. Apapun, kini ramai senior saya  itu sudah pun bekerja di alam landskap. Sungguh hebat belaka mereka!



Tidak kurang juga minat saya ini bertambah kuat dek kerana pengajaran pensyarah-pensyarah di sini. Kebanyakan pensyarah di Fakulti Pertanian ini adalah antara yang telah mengajar di UPM sejak tahun 70an lagi. Mereka sememangnya mempunyai pengalaman dalam pengajara ini sungguh lama

Kesimpulannnya, BSHTK bukanlah suatu bidang yang boleh dipandang enteng. Perjalanan saya sepanjang 1 tahun menjadi pelajar BSHTK betul-betul membuatkan saya bersyukur kerana telah dipilih dalam jurusan ini. Ya ia mungkin nampak salah tapi apakah hati ini peduli akan kata-kata orang luar?
 Hanya jauhari jua kenal manikam.



semoga 2 tahun yang akan datang memberi peluang cerah untuk saya menyambung pengajian itu dalam bidang master dan PHD dalam bidang yang AWESOME nanti.


galeri kejayaan budak hort: (dari senior  BSHTK) "maaf curi gambar..hee"


Pelajar praktikal....




Kini pengurus ladang

Dulu pekerja buruh...





Kini... penyelia landskap di KL

Dulu buruh semasa praktikal... 

Kini... penyelia landskap
salam dari kami.
budak HORT 2013/2014
piece!! :D



I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

No comments:

Post a Comment

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia