topbella

♫jiwa.blOGGer♪

14 May 2014

rahsia aku ada pada DIA

:)
“Mengais2 mencari butiran sinar harapan,rupanya sinar cahaya matahari yg memantul terang saat awan mula berselerakan”

Sesungguhnya ketika duka Engkau hadirkan, rupa-rupanya kebahagiaan yg sebenarnya Engkau ingin siratkan, itulah kehebatan  hikmahMu yg tidak tersangkal oleh seorangpun makhluk ciptaan.
Teman seperjuangan pernah berkata “ biarlah ia menjadi rahsia aku dan Dia sahaja”
……….
Aku kembali berkongsi,selagi sinar rindu pada DIA menyapa.ketika idea menimbun-nimbun dariNYA,ALLAH cinta hatiku..
………
Sekali lagi, Menyusun bait demi bait,ayat demi ayat, kata demi kata, berbicara dari hati ke hati hingga menyentuh jiwa sang pencinta Pencipta,Tuhan Yang Esa.

Antologinya seperti kisah burung.
“burung itu aku pelihara dari manapun asal-usulnya,meletakkannya di dalam sangkar, memberi makan secukupnya,menghiburkannya supaya gembira, mengajarnya cara mencari makan,mendedahkannya pada kehidupan sekitar,namun…aku membebaskannya terbang, tanpa sempadan..”
Jika burung tujuannya mncri makan,
Tujuan kita sebagai hamba adlh mencari REDHA Tuhan,
“DUNIA BIARLAH BERPENAT,AKHIRAT TEMPAT AKU BEREHAT”
Dari manapun asal-usul kita, kita terpelihara di dalam sebuah sangkar ilmu,diajar makna hidup, diberi peluang mncari ketenagan dan kegembiraan , sangkar itu sarat dengan ilmu dunia dan seisinya, kita belajar untuk bagaimana mengendalikan sesuatu masalah..mencari penyelesaian , kita diberikan nikmat dunia melimpah ruah..nkmat bahagia..aman..tenang..
Namun, apabila kita dilepaskan,..diberi peluang untuk menikmati nikmat Tuhan tanpa sempadan “adakah kita digelar hamba yg bersyukur?” . bagaimana untuk bersyukur,sebenarnya?


Ada ilmu.jika tidak diamalkan ternyata sia-sia.
Ada ilmu.jika tidak disebarkan tenyata kita masih buta,pekak dan bisu.
Ada ilmu, jika tidak dikumpul(dibukukan) ternyata kosongnya bekalan pada hari perhintungan.
Benar!! Kata Imam Al-Ghazali , “ilmu itu bukan sesuatu yang dibaca atau dihayati,tetapi ia adalah sesuatu yang dapat memberi manafaat”
Itulah jihadku,itulah perjuanganku dari umat kepada umat.
Dan kerana sesungguhnya.. “aku ingin berbakti di muka bumi pada hari ini,seolah2 aku ingin mati pada esok hari”
Dan biarlah ia menjadi rahsia,antara aku dan Dia.
   
Lapangnya hati…cetusan sapaan cinta Illahi, tenangnya jiwa…hadir rinduNYA di mengubat luka. Perjuangan seorang umat kepada umat diperteguh…sentuhan kasihya dirasai seperti  Rasul kepada umati. Bersujud syukurlah saat kita dapat merasakan semua itu.
Tiada nikmat yg paling berharga di dunia melainkan kasih dari Pencipta.
Tiada kebahagian yg paling dirasa melainkan rasa tenang bersujud di hadapanNYA.
Tiada perjuangan yg paling hakiki di dunia, melainkanTERCAPAI redhaNya kepada seorang insan……………….
Nukilan si botet
14052014
0058


I LOvE yOU..:)wink..WInK!!!

No comments:

Post a Comment

♫laugh.peace.life♪

My photo
♫bachok♪, ♫kelantan♪, Malaysia